Wednesday, September 2, 2009

diari diriku...

hari ini aku agak keletihan, kelas bermula seawal 8 pagi hinggalah 5 petang. jadual hariannya aku agak padat ketika ini kerana aku kerap ke PTSL untuk memcari bahan bagi menyiapkan segala tugasan harianku.
hari ini aku telah diundang oleh en.zubir untuk berbuka puasa di rumahnya bersama sofri dan juga pelajar tahun tiga. pada hari ini aku memakai baju melayu, dalam kotak fikiran aku muncul pelbagai soalan. antaranya ialah adakah aku kelihatan seperti Hang Tuah jika memakai baju melayu. alangkah indahnya jika aku benar-benar kelihatan seperti Hang Tuah.
aku beransur pulang dari rumah en.zubir ketika jam hampir menunjukkan angka 10. oleh kerana terlalu penat maka fikiranku tidak dapat memberi pelbagai buah fikiran yang kreatif untuk dicoretkan ke dalam blog penulisan kreatif ini. Aku akan mencoret pelbagai ilham dan imaginasiku di lain waktu...

2 comments: